26 October 2018

Rawatan Garam Aromaterapi di Establismen Kecantikkan Dan Kesihatan Zahra Callista

Rawatan Garam Bukit  di A&Q Home Spa Aromatheraphy
Rawatan Tubuh yang dimulai dengan mengurut kaki, merendam dan menyental memberi kesegaran kepada badan

Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar keistimewaan garam, satu bahan semulajadi ini yang penuh dengan keistimewaan. Namun mungkin nama garam bukit ini jarang-jarang di dengar. Namun penggunaannya kini semakin meluas sebagai terapi yang amat diperlukan.


Latar Belakang Garam Bukit


Garam bukit merupakan bukit garam batu yang terbentuk secara semulajadi sejak 256 juta tahun dahulu. Ia hanya boleh didapati di kawasan Asia dan Eropah. Selain dari air laut, garam juga dihasilkan di kawasan perlombongan di Asia dan cukup terkenal di serata dunia. Di dalam keadaan suhu di luar lombong yang panas terik ia tidak sedikitpun menjejaskan suhu di dalam lombong.

Suasana persekitaran di dalam lombong sentiasa seimbang dan segar seolah seperti berada di puncak bukit, air terjun ataupun di tepian pantai. Garam bukit ini juga dikatakan mampu membekalkan sumber garam semulajadi yang bersih dan tidak tercemar.

Antara Rawatan Garam Aromaterapi Zahra Callista.

1. Rendaman Kaki Garam Bukit


Ramuan tradisi ini telah digunakan beribu tahun dahulu oleh kerajaan Roman, Eropah, Asia Tenggara serta negara-negara di bahagian Timur. Dengan cara merendamkan kedua belah kaki ke dalam air yang telah di campur dengan garam bukit ia dikatakan mampu menjadi agen meningkatkan ketenangan, berkesan mengawal masalah kulit serta menyembuhkan bahagian dalam badan secara semulajadi.

Selain itu rendaman selama lebih kurang 30 minit dengan menggunakan air suam kuku ini juga membantu mengurangkan sakit sendi, sengal serta kekejangan otot. Penghidap penyakit tulang belakang yang kronik, amalan rendaman sebegini mampu mengurangkan masalah tersebut selain melancarkan semula peredaran darah. Garam bukit ini juga mampu membantu menghilangkan masalah kaki berbau, kaki berpeluh, tumit pecah, cekam kuku dan menghilang kulat air yang sering melanda kaki.

2. Mandian Garam Bukit


Kemudian badan pula direndam di dalam air bercampur dengan garam bukit serta minyak aromaterapi. Bauan aromaterapi yang terkandung di dalam garam bukit ini dikatakan mampu menyegar dan mengimbangkan semula tahap fizikal tubuh.

Rawatan selama 30 minit ini juga dapat mengatasi masalah kulit dan gatal-gatal. Ia juga dikenal pasti membantu membuang toksik yang terkumpul di dalam badan serta mengelakkan sebarang virus menyerang tubuh. Bahan alami ini juga mampu mengembalikan kelembapan kulit secara semulajadi serta keremajaan tubuh anda.

3. Scrub Muka Garam Bukit


Selesai merendamkan tubuh, garam bukit yang telah dihaluskan digunakan sebagai scrub untuk menyental kulit muka. Garam bukit ini sebenarnya kaya dengan mineral. Urutan keseluruh wajah dikenal pasti akan meningkatkan kadar penyerapan khasiat yang terkandung di dalam garam. Dilakukan selama 15 minit bertujuan menanggalkan kesan jerawat, meningkatkan pertumbuhan sel kulit baru dan mengekalkan kelembapan kulit wajah secara semulajadi.

4. Lulur Tubuh Garam Bukit


Seterusnya garam bukit yang agak kasar digunakan sebagai penyental kulit badan. Melalui rawatan 30 minit ini seluruh tubuh akan disental dengan garam bukit bertujuan membuang daki, kotoran serta sel kulit mati yang membuatkan kulit kelihatan kusam.

Sentalan ini bukan sahaja mampu melancarkan semula peredaran darah ke seluruh badan malah mengurang kesakitan sendi dan otot bagi mereka yang banyak bergerak atau bermasalah di bahagian otot tertentu. Di samping itu mineral pada garam tersebut juga mampu menambahkan semula kadar vitamin kulit tubuh anda.

Pastinya selepas semua Rawatan Garam Bukit  di Zahra Callista Aromatheraphy badan anda akan kembali segar. Bagi bakal mempelai pun mampu melangkah ke pelamin dengan senyuman paling ceria di wajah.


ZAHRA CALLISTA SPA


No 8 Ground Floor, Block D,
Simpang 508, Jerudong Complex,
Jalan Jerudong,
Brunei Darussalam.
Phone:673-8739424/ 2610924
Email : zahracallistaofficialgmail.com
Website : http.//www.zahracallista.com/
Instagram:zahracallistahomemade_official

No comments:

Post a Comment