Gambar Google |
Orang Melayu hidup dengan agama dan adat. Agama dikendong adat dikelek menjadi prinsip kehidupan masyarakat Melayu sejak dahulu kala lagi. Hidup dengan petua juga sudah menjadi amalan sejak zaman nenek moyang lagi.
Bakal mempelai perempuan sebenarnya antara individu yang tidak lepas dari mengikuti adat dan tradisi. Mandian Bunga Aromaterapi antara kemestian yang harus di lalui sebelum mereka melangkah ke gerbang pelamin.Tujuanya ialah untuk menaikkan seri pengantin serta mengelakkan perkara buruk yang mungkin berlaku kala hari bersanding.
Tujuan Mandian Bunga Aromaterapi ini ialah untuk menaikkan seri pengantin, membunag sangkak dan juga elok diamalkan bagi anak dara yang lambat bertemu jodoh.
Di kala berendam, bakal mempelai akan diminta membaca selawat dan bismillah serta berniat di dalam hati. Niat adalah terpulang kepada kehendak serta keperluan pengantin.
Bagi bakal mempelai adalah digalakkan mereka mengamalkan Mandian Bunga Aromaterapi ini selama tiga hari sebelum tarikh persandingan. Sebaiknya mandian ini dilakukan sebelum azan Subuh dan selesai mandian boleh terus mengerjakan solat subuh dan memohon kepada Allah bergantung kepada niat pengantin.
Bagi anak dara yang lambat bertemu jodoh pula mereka boleh mengamalkan Mandian Bunga Aromaterapi ini selama 21 hari. Selepas mandi, bakal pengantin mahupun mereka yang lambat bertemu jodoh akan berasa kelainan dalam semangat diri mereka. Mereka akan berasa lebih segar, yakin serta bersemangat menghadapi hari mendatang dan mengejar apa yang mereka hajati.
Bakal Pengantin Lelaki pula jangan hanya menganggap bakal pengantin perempuan sahaja yang perlu membuat persiapan diri menjelang perkahwinannya. Jika bakal pengantin perempuan lebih selesa membuat rawatan seperti Mandian Bunga Aromaterapi, lulur, rawatan muka dan sauna. Bakal pengantin lelaki juga tidak terkecuali. Tujuannya untuk membina keyakinan diri dan menaikkan seri pengantin.
Mandian ini akan membuat pengantin lelaki lebih bertenaga untuk menghadapi malam pengantin yang lebih indah dan bermakna. Mandian Bunga Aromaterapi ini bukan sahaja disarankan kepada bakal pengantin baru malahan kepada mereka yang sudah lama mengharungi bahtera rumah tangga. Selain dari memberi kesegaran, ia turut memberi tenaga dan keyakinan.
ZAHRA CALLISTA SPA
No 8 Ground Floor, Block D,
Simpang 508, Jerudong Complex,
Jalan Jerudong,
Brunei Darussalam.
FB : ZahraCallista Homemade
FB Page : Zahra Callista Home & Mobile Spa
Email : zahracallistaofficial@gmail.com
Website : //www.zahracallista.com/
Instagram: zahracallistahomemade_official
Tel:673-8739424/ 2610924
No comments:
Post a Comment